Posts

Showing posts with the label Sudut-sudut Pss

KOLEKSI RISALAH

Image
Salah satu sumber bacaan yang terdapat di perpustakaan selain daripada buku dan surat khabar harian ialah Risalah, Pamphlet dan Brosure . Risalah ialah karangan atau rencana ringkas mengenai sesuatu perkara.  sumber : Kamus Dewan Maksud  Pamphlet  ialah tulisan yang disertai dengan gambar atau tanpa gambar, tanpa penyampulan atau penjilidan, yang dicantumkan pada selembar  kertas  di satu sisi atau kedua sisinya, lalu dilipat atau dipotong setengah, sepertiga, atau bahkan seperempatnya, sehingga terlihat lebih kecil.  Pamphlet  juga boleh terdiri daripada beberapa lembar kertas yang dilipat atau disatukan secara sederhana sehingga menjadi sebuah buku kecil. Untuk dapat dikategorikan sebagai sebuah  pamphlet ,  UNESCO  mendefinisikannya sebagai keperluan publikasi yang perlu terdiri daripada 5 sehingga 48 halaman tanpa sampul, bila lebih daripada itu ia disebut sebagai  buku . Disebabkan oleh kosnya yang murah dan kemudaha...

KOLEKSI 'INDOOR GAMES'

Image
Terdapat beberapa set permainan dalaman di ruang rekreasi perpustakaan SMKA Segamat seperti Congkak, Sahibba, Ad-Din, Puzzle, Chess, Numeracy Skills dan Kad Ajaib Bahasa Arab. Pelajar dibenarkan bermain 'indoor games' ini  di perpustakaan pada waktu rehat dan waktu prep petang.

SUDUT HASIL KARYA PELAJAR

Image
Jawatankuasa Kerja PSS telah menyediakan satu ruang rekreasi di perpustakaan yang memaparkan       hasil-hasil karya pelajar SMKA Segamat. Antara hasil karya pelajar yang boleh didapati di sini ialah     karya-karya pelajar yang telah memenangi pertandingan-pertandingan sama ada anjuran peringkat sekolah, daerah dan negeri.

SUDUT FAIL TEGAK

Image
Fail Tegak adalah terdiri daripada bahan-bahan grafik bercetak yang dikumpul dan disimpan di dalam folder atau fail mengikut tajuk-tajuk tertentu. Fail bahan ini adalah disusun secara menegak atas meja atau dalam kabinet. Fail boleh dihasilkan daripada bahan-bahan seperti gambar, risalah, carta, poster, peta, poskad, guntingan surat khabar dan guntingan majalah. Fail tegak kadang-kadang dikenali sebagai fail maklumat yang boleh juga terdiri daripada fail risalah/pamphlet dan gambar fail.

SUDUT 'JOM BACA SEKEJAP'

Image
Bermula Julai 2010 Jk Pss telah menyediakan satu sudut 'Jom Baca Sekejap' di terowong bangunan blok Amanah yang menjadi laluan utama pelajar ke kelas dan perpustakaan. Sebanyak 600 artikel berkaitan pelbagai tajuk disediakan dalam kotak khas untuk pelajar AMBIL-BACA-PULANGKAN selepas membaca.

KOLEKSI ATLAS

Image
Perpustakaan al-Ghazali menyediakan 3 buah buku Atlas untuk kemudahan guru-guru dan pelajar mengkaji lokasi serta keadaan geografi sesuatu kawasan. Terdapat 2 Atlas menggunakan Bahasa Inggeris dan 1 Atlas dalam Bahasa Arab boleh didapati di Sudut Atlas Perpustakaan Al-Ghazali.

KOLEKSI BUKU WAKAF

Image
Koleksi Buku Wakaf diwujudkan selepas program Wakaf Buku dilancarkan oleh Uzh. Hjh.Siti Esah Binti Abd.Latif (Pengetua) dalam Majlis Mahabbah sempena Hari Bertemu Pelanggan SMKA Segamat pada 10 Julai 2010. Beliau mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada semua pihak yang telah mewakafkan buku kepada perpustakaan sekolah ini. Program Wakaf Buku ini akan dibuka sepanjang tahun kepada semua pelajar, ibu bapa, guru dan masyarakat awam. Sila hubungi Ust. Rumaja (017-7132063) untuk maklumat lanjut.

PAMERAN GAMBAR AKTIVITI

Image
Nama Program : Pameran gambar aktiviti ( Januari-Mac 2010) Tarikh : 27 Mac 2010 Tempat : Sudut Pengiktirafan di dinding luar dewan Objektif : Mempamerkan gambar dan ulasan ringkas berkaitan aktiviti yang telah dijalankan (cetakan daripada smkasegamat.blogspot.com )

PAMERAN GAMBAR AKTIVITI

Image
J/K Kerja PSS dengan kerjasama Pengawas PSS telah mengadakan pameran gambar aktiviti sepanjang bulan Januari - Mac 2010. Lokasi pameran gambar tersebut ialah dalam cermin berbingkai yang terletak di bahagian tepi belakang dewan Luqman al-Hakim yang dikenali sebagai Sudut Pengiktirafan hasil sumbangan PIBG tahun 2008. Pameran gambar aktiviti yang dicetak daripada blog smkasegamat.blogspot.com   ini dikendalikan oleh PSS setiap 3 bulan sekali untuk tatapan semua warga SMKAS.

KOLEKSI KAMUS PELBAGAI BAHASA

Image
Salah satu sudut yang menjadi tumpuan  pelajar, guru dan pelawat di perpustakaan al-Ghazali ialah sudut Kamus yang menyediakan Koleksi Kamus pelbagai bahasa dan kategori seperti Kamus 3 Bahasa, Kamus Ekonomi, Kamus Istilah, Kamus Bergambar dan sebagainya.

KOLEKSI ENSIKLOPEDIA ISLAM

Image
Antara keistimewaan Perpustakaan al-Ghazali ialah mengandungi jumlah buku berkaitan Agama Islam yang melebihi buku-buku rujukan lain dan terkini Perpustakaan al-Ghazali mempamerkan sebanyak 7 siri Koleksi Ensiklopedia Islam yang  setiap satu siri mengandungi antara 5-6 jilid. Selamat datang ke sudut Ensiklopedia dan selamat membaca.

PAMERAN BUKU BARU

Image
Sudut Pameran Buku Baru disediakan di bahagian hadapan perpustakaan untuk memudahkan pengunjung melihat buku-buku yang baru dibeli oleh pihak PSS seterusnya melakukan pinjaman di kaunter yang berhampiran.