Senarai Tugas GPM

 Tugas 1
Merancang dan mengajar mata pelajaran antara 6 – 8 waktu seminggu
 Aktiviti
Menyediakan rancangan pengajaran harian, mingguan, dan tahunan (mengikut subjek yang diajar)
Melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran.
 Objektif
Mengekalkan kemahiran sebagai guru dalam pengajaran dan pembelajaran biasa.
Mengekalkan keistimewaan sebagai guru sekolah.
 Penglibatan
Penolong Kanan Pentadbiran dan Jawatankuasa pentadbiran
 Pelaksanaan
Januari – November

 Tugas 2
Merancang dan melaksanakan dasar dan program tahunan PSS bersama-sama Pengetua/Guru Besar, kakitangan PSS, guru dan murid.
 Aktiviti
Mengadakan mesyuarat JK Induk
Mengadakan mesyuarat JK Kerja
Mengadakan mesyuarat Pengawas PSS
Menyediakan takwim dan perancangan aktiviti tahunan
Mewujudkan / membuat pindaan fail kuasa mengikut kesesuaian
 Objektif
Memastikan pelaksanaan dasar yang dirancang diselaraskan
Dasar dan program yang dirancang dapat disebarkan kepada semua yang terlibat.
 Penglibatan
Pengetua / Guru Besar, kakitangan PSS dan guru
 Pelaksanaan
Januari

 Tugas 3
Merancang dan mengurus belanjawan tahunan PSS bersama JK Kurikulum Sekolah
 Aktiviti
Membuat bajet dan menyenaraikan cadangan perbelanjaan.
Menyediakan kertas kerja untuk menjalankan program.
 Objektif
Wang peruntukan dapat diagihkan mengikut keperluan setiap bahagian (unit PSS).
Menggunakan peruntukan mengikut arahan yang ditetapkan.
 Penglibatan
JK Induk PSS dan Pembantu Tadbir (PSS).
 Pelaksanaan
Januari

 Tugas 4
Merancang pemerolehan dan pembinan koleksi yang komprehensif, seimbang dan kemas kini.
 Aktiviti
Mendapatkan maklumbalas keperluan alat dan bahan.
Merancang pembelian bahan koleksi yang berkurangan atau yang belum ada.
 Objektif
Menseimbangkan pemerolehan dan pembinaan koleksi mengikut keperluan dan kesesuaian.
Mengemaskini pemerolehan dan pembinaan koleksi.
 Penglibatan
JK Kerja PSS
Pelaksanaan
Sepanjang tahun

 Tugas 5
Merancang dan melaksanakan Program Kemahiran Maklumat dan perkhidmatan PSS yang dapat menyokong pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran.
 Aktiviti
Merancang perkhidmatan PSS dan memaklumkan perkhidmatan yang disediakan kepada guru.
Menyediakan borang-borang tempahan bilik, pinjaman bahan dll.
Sediakan tempat / bilik / jadual penggunaan dan bahan.
Menyediakan rekod penggunaan dan rekod pinjaman.
Membuat penyelenggaraan bahan yang rosak.
Merancang pembelian bahan koleksi yang berkurangan atau yang belum ada.
 Objektif
Melaksanakan pengajaran dan pembelajaran kemahiran maklumat.
Mengintegrasikan literasi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran.
 Penglibatan
JK Induk PSS
 Pelaksanaan
Januari hinga Oktober

 Tugas 6
Merancang dan mengurus program pembacaan (Program NILAM) dan pembudayaan ilmu.
 Aktiviti
Mesyuarat dan taklimat NILAM
Merangka aktiviti sepanjang tahun
Menjalankan aktiviti
 Objektif
Memastikan program NILAM dapat dilaksanakan dan berjalan dengan lancar.
 Penglibatan
JK NILAM
 Pelaksanaan
Januari hingga Oktober

 Tugas 7
Merancang, melaksana dan menyelaras program pembangunan staf dan program latihan dalaman berhubung dengan PSS.
Aktiviti
Bekerjasama dengan Unit LDP menganjurkan kursus-kursus yang berkaitan
 Objektif
Memastikan kursus dapat dilaksanakan dengan baik
 Penglibatan
Semua JK Kerja PSS
 Pelaksanaan
Sepanjang tahun

 Tugas 8
Merancang dan mengurus program promosi Pusat Sumber Sekolah
 Aktiviti
Promosi melalui panitia mata pelajaran
Menyediakan brosur PSS
Menyediakan buletin
 Objektif
Memberikan maklumat yang lebih tepat berkaitan dengan PSS
Menarik minat murid untuk menggunakan PSS dan menyertai setiap program yang dianjurkan
Membolehkan semua guru mendapat pemdedahan tentang kemudahan dan perkhidmatan yang didapati di PSS untuk meningkatkan P&P.
 Penglibatan
Pentadbir sekolah,   JK Kerja PSS,   Pelajar dan Guru.
 Pelaksanaan
Sepanjang tahun

 Tugas 9
Bekerjasama dengan guru-guru dalam pelaksanaan P&P berasaskan sumber.
 Aktiviti
Pemerolehan bahan yang sesuai.
Penghasilan bahan yang sesuai.
P&P mengunakan PSS dan kemahiran maklumat.
 Objektif
Dapat membantu guru-guru dalam penggunaan bahan di PSS.
Menyediakan bahan yang bersesuaian dengan P&P.
Bekerjasama dengan guru-guru menghasilkan bahan yang boleh membantu P&P.
 Penglibatan
JK Kerja PSS
 Pelaksanaan
Sepanjang tahun

 Tugas 10
Berhubung dan bekerjasama dengan Pusat Sumber Pendidikan Negeri (PSPN), PKG / Perpustakaan Awam untuk meningkatkan perkhidmatan dan program PSS. 
 Aktiviti
Memohon Khidmat Bantu
Kerjasama dengan PKG, PSPN dan Perpustakaan Awam dari masa ke semasa.
 Objektif
Memastikan maklumat yang diterima sentiasa terkini.
Untuk menaiktaraf PSS.
 Penglibatan
JK Kerja PSS
 Pelaksanaan
Sepanjang tahun

 Tugas 11
Menyelia dan mengurus bahan-bahan PSS
 Aktiviti
Mengurus bahan yang diterima (carta aliran proses teknik).
Sirkulasi.
Memantau dan menyelia penggunaan.
Memantau rekod penggunaan (TV Pendidikan, Radio Sekolah, Buletin, Sirkulasi dan aktiviti-aktiviti).
 Objektif
Koleksi bahan untuk dimanfaatkan dengan sepenuhnya.
 Penglibatan
JK PSS
 Pelaksanaan
Sepanjang tahun.

 Tugas 12
Menyedia dan mengedar minit mesyuarat JK Induk dan JK Kerja PSS
 Aktiviti
Menentukan tarikh.
Menghantar surat panggilan mesyuarat.
Mengadakan mesyuarat.
Menyedia dan mengedar minit mesyuarat.
 Objektif
Panduan untuk tindakan susulan pihak berkenaan.
Menyebarkan maklumat hasil daripada mesyuarat.
 Penglibatan
JK PSS
 Pelaksanaan
Januari, Mei dan Ogos.

 Tugas 13
Memantau dan mengawal selia pelaksanaan progran PSS
 Aktiviti
Merancang, menyelaras dan mengadakan program PSS.
Membuat pemantauan.
Membuat laporan.
 Objektif
Program PSS dapat dijalankan dengan lancar.
 Penglibatan
JK PSS
 Pelaksanaan
Sepanjang tahun.

 Tugas 14
Melaksanakan tugas semakan stok dan inventori (bahan, alatan dan perabot) peralatan PSS
 Aktiviti
Menyemak stok perolehan
Borang inventori
Buku stok Kew 313, Kew 314, Kew 312
Stok pergerakan bahan.
Melabel bahan
Menempatkan bahan
Pelupusan
Tutup stok
 Objektif
Bahan sentiasa dalam keadaan baik dan sempurna.
Mengemaskini bahan untuk penambahan bahan baru.
 Penglibatan
JK PSS
 Pelaksanaan
Sepanjang tahun

 Tugas 15
Mempromosi dan menjadi ahli Persatuan Pusat Sumber Sekolah Negeri (PPSSNP)
 Aktiviti
Menerangkan peranan PPSSNP
Mengedarkan borang pendaftaran
Membantu dalam pendaftaran ahli
Menyertai aktiviti yang dijalankan.
 Objektif
Menarik lebih ramai ahli menyertai PPSSNP.
Bekerjasama dalam menjayakan aktiviti persatuan.
 Penglibatan
JK PSS
 Pelaksanaan
Februari

 Tugas 16
Menjalankan penyelidikan / kajian tindakan berhubung dengan perkhidmatan PSS.
 Aktiviti
Mengenal pasti masalah
Membuat kaji selidik
Menyediakan instrumen (sebelum)
Membuat analisis
Menjalankan kaji selidik – selepas
Menyediakan laporan
Membuat penambahbaikan.
 Objektif
Mengenal pasti dan mengatasi masalah
 Penglibatan
JK PSS
 Pelaksanaan
September

 Tugas 17
Menyediakan laporan serta analisis pelaksanaan pembangunan, pengurusan, program dan aktiviti serta kewangan PSS
 Aktiviti
Menyediakan perancangan
Menyediakan laporan
Mengambil tindakan / memberi maklumat
 Objektif
Perancangan dan pelaksanaan bagi meningkatkan pembangunan, pengurusan dan kewangan PSS.
 Penglibatan
Guru Media
 Pelaksanaan
Oktober

 Tugas 18
Menghantar data dan laporan pelaksanaan Program PSS khasnya Laporan PSS dan NILAM kepada BTP melalui PKG dan PSPN pada bulan Oktober setiap tahun
 Aktiviti
Mengumpul maklumat
Membuat laporan
 Objektif
Membuat post mortem bagi program yang dilaksanakan
Membuat perancangan baru atau penyelarasan untuk program tahun seterusnya.
 Penglibatan
JK PSS
 Pelaksanaan
Oktober

Popular posts from this blog

KOLEKSI BUKU RED SPOT

KOLEKSI 'INDOOR GAMES'

KOLEKSI KERTAS KERJA