Sudut Pameran Buku Baru disediakan di bahagian hadapan perpustakaan untuk memudahkan pengunjung melihat buku-buku yang baru dibeli oleh pihak PSS seterusnya melakukan pinjaman di kaunter yang berhampiran.
Buku Red Spot ialah buku yang diberi tanda dengan sticker merah pada bahagian tulang buku (Spine). Buku-buku tersebut dikategorikan sebagai Red Spot berdasarkan salah satu atau beberapa kriteria seperti berikut : 1. Harga melebihi RM 50.00 2. Sumbangan khas daripada pihak tertentu 3. Penerbitan dan edisi yang terhad 4. Buku-buku terlaris di pasaran 5. Tajuk-tajuk peristiwa bersejarah 6. Berukuran besar 7. Berkulit tebal Rak buku Red Spot diletakkan di tempat yang terjamin keselamatannya seperti dalam bilik khas atau ruang yang tertutup. Tempoh pinjaman buku-buku tersebut ialah sehari sahaja. Sekiranya gagal memulangkan pada tarikh yang ditetapkan peminjam akan dikenakan denda dengan jumlah yang telah ditetapkan oleh pihak perpustakaan. Sila rujuk senarai tajuk buku-buku Red Spot di Menu Utama atau klik sini untuk lihat koleksi gambar kulit buku-buku Red Spot yang terdapat di perpustakaan.
Terdapat beberapa set permainan dalaman di ruang rekreasi perpustakaan SMKA Segamat seperti Congkak, Sahibba, Ad-Din, Puzzle, Chess, Numeracy Skills dan Kad Ajaib Bahasa Arab. Pelajar dibenarkan bermain 'indoor games' ini di perpustakaan pada waktu rehat dan waktu prep petang.
Logo Sekolah_ Designer : Pensyarah UiTM Segamat (1988) Logo PSS_ Designer : Ust. Rumaja bin Sarmin (2010) Logo PSS_ Designer : Ust. Rumaja bin Sarmin (2011) Logo PIBG_ Designer : Ust. Rumaja bin Sarmin (2010) Logo Koperasi _ Designer : Ust. Rumaja bin Sarmin (2007) Logo 1 SMKAS_ Designer : Ust. Mohsen bin Miskam (2010) Bendera Sekolah_ Re-Designed : Ust. Rumaja bin Sarmin (2008) Logo Kelab Nasyid al-Wildan_ Designer : Ust. Rumaja bin Sarmin (2009) Logo Kumpulan Nasyid Al-Kauthar : Designer : Ust. Rumaja bin Sarmin (2015) Pertubuhan Alumni SMKA Segamat_ Designer : Alumni SMKAS Logo Sambutan Jubli Perak_ Designer : Ust. Rumaja bin Sarmin (2013) Logo SEMANGAT SKK_ Designer : Ust. Norsham bin Abdul Rahman (2014) Logo Badan Amal Guru & Staf_ Designer : Ust. Rumaja bin Sarmin (2014) Logo Badan Dakwah dan...