Senarai Tugas J/K Induk
SENARAI TUGAS JAWATANKUASA INDUK PSS
- Merancang kewujudan PSS dan merangka peranan, kepentingan dan strategi perkembangannya. Menentukan sumber kewangan PSS.
- Mengagih dan menyelaraskan peruntukan dalam pembelian bahan-bahan PSS seperti bahan cetak (buku dan lain-lain), media teknologi dan bahan-bahan bantu mengajar/ belajar.
- Melakukan anggaran perbelanjaan mengurus PSS yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Kerja.
- Bertanggungjawab dalam pengurusan penggunaan. Contohnya: menentukan jadual tugas, jadual waktu penggunaan PSS, peruntukan masa pinjaman dan lain-lain
- Merangka strategi perkembangan PSS iaitu membuat unjuran mengenai keperluan-keperluan di masa akan datang. Contoh-contohnya: keperluan fizikal, keperluan bahan-bahan dan kegiatan-kegiatan lain seperti pameran dan sebagainya.
- Merancang untuk mendapatkan bantuan daripada pihak-pihak tertentu dalam bentuk moral dan material. Contohnya: wang tunai, buku-buku, bahan bantu mengajar, bahan media teknologi, kepakaran tertentu dan sebagainya.
SENARAI TUGAS SETIAUSAHA / GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA
- Merancang dan mengajar mata pelajaran antara 6 – 8 waktu seminggu
- Merancang dan melaksanakan dasar dan program tahunan Pusat Sumber Sekolah
- Merancang dan mengurus belanjawan tahunan Pusat Sumber sekolah
- Merancang pemerolehan dan pembinaan koleksi yang komprehensif, seimbang dan kemaskini
- Merancang dan melaksanakan Program Kemahiran Maklumat dan perkhidmatan Pusat Sumber Sekolah yang dapat menyokong pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran
- Merancang dan mengurus program pembacaan ( Program NILAM ) dan pembudayaan ilmu
- Merancang , melaksana dan menyelaras program pembangunan staf dan program latihan dalaman berhubung dengan pusat sumber sekolah .
- Merancang dan mengurus program promosi Pusat Sumber Sekolah
- Bekerjasama dengan guru-guru dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran berasaskan sumber secara kolaboratif
- Berhubung dan bekerjasama dengan BTPN/ PKG/Perpustakaan Awam untuk meningkatkan perkhidmatan dan promosi pusat sumber sekolah
- Menyelia dan mengurus bahan-bahan pusat sumber sekolah
- Menyelia dan mengedar minit mesyuarat JK Induk/Kerja pusat sumber sekolah
- Memantau dan mengawal selia pelaksanaan program pusat sumber sekolah
- Melaksanakan tugas semakan stok dan inventori peralatan pusat sumber sekolah.
- Mempromosi dan menjadi ahli Persatuan Pusat Sumber Sekolah Negeri
- Menjalankan penyelidikan / kajian tindakan berhubung dengan perkhidmatan pusat sumber sekolah
- Menyediakan laporan serta analisis pelaksanaan pembangunan, pengurusan program dan aktiviti serta kewangan pusat sumber sekolah
- Menghantar data dan laporan pelaksanaan Program Pusat Sumber dan NILAM kepada BTP melalui PKG dan BTPN
- Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengurusan sekolah dari semasa ke semasa.
SENARAI TUGAS PENOLONG GPM
- Membantu GPM / Penyelaras dalam pengurusan dan pentadbiran PSS
- Mengkelas, merekod dan mengkatalog koleksi bahan perpustakaan
- Menjalankan kerja-kerja membaikpulih, menyemak dan menghapuskira koleksi/bahan perpustakaan
- Menceriakan suasana perpustakaan supaya dapat menarik minat pelajar menggunakan perpustakaan
- Menyediakan rancangan pembangunan fizikal, perabot dan koleksi bahan
- Menyediakan perancangan dan melakukan promosi aktiviti perpustakaan yang bersesuaian dengan objektif PSS
- Menubuhkan J/Kuasa Guru Pembantu Perpustakaan dan pengagihan bidang tugas
- Mengadakan orientasi bagi pelajar-pelajar baru supaya mereka tahu menggunakan PSS dengan baik dan betul
- Mempromosi dan mempamerkan koleksi bahan-bahan baru yang diterima untuk makluman guru dan pelajar
- Mengatur jadual waktu penggunaan perpustakaan mengikut keperluan di sekolah
- Melatih dan menyelia Kerani dan Pengawas Perpustakaan untuk membantu menguruskan perpustakaan
- Memberi khidmat nasihat dan kepakaran kepada pihak yang memerlukan.
- Memperoleh dan menyemak Bibliografi-bibliografi, Katalog-katalog daripada penerbit-penerbit atau punca-punca tertentu untuk mengetahui jenis-jenis buku yang perlu dan dapat dibeli.
- Mengajar kemahiran pengendalian maklumat kepada guru-guru, dan pelajar mengikut keperluan.
- Menjalankan kerja menyemak stok pada hujung tahun
- Membuat penggredan buku
- Menyediakan bahan untuk melaksanakan Program NILAM
- Mengagih buku pinjaman secara kelompok (Projek Pukal)
- Membantu setiausaha menganjurkan program NILAM
- Menyemak dan mengesahkan rekod bacaan murid
SENARAI TUGAS KETUA BIDANG / KETUA PANITIA
- Membantu J/Kuasa PSS memilih dan mendapatkan alat dan bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk kegunaan guru dan pelajar
- Membantu J/Kuasa PSS menilai keberkesanan alat dan bahan media yang dibeli atau dihasilkan sendiri
- Menjalankan tugas-tugas lain seperti yang diarahkan oleh Pengetua
- Merancang pembangunan koleksi bahan mengikut mata pelajaran.
- Membantu menyusun, mempromosi dan menyediakan senarai alat/bahan mengikut kemudahan guru-guru
- Merancang dan menyelaras aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang boleh menjurus ke arah pembacaan berkualiti
- Membuat perancangan, anggaran perbelanjaan Program NILAM bersama guru NILAM
- Memantau pelaksanaan Program NILAM
- Menyemak dan mengesahkan rekod bacaan murid