KOLEKSI RISALAH

Salah satu sumber bacaan yang terdapat di perpustakaan selain daripada buku dan surat khabar harian ialah Risalah, Pamphlet dan Brosure. Risalah ialah karangan atau rencana ringkas mengenai sesuatu perkara. sumber : Kamus Dewan

Maksud Pamphlet ialah tulisan yang disertai dengan gambar atau tanpa gambar, tanpa penyampulan atau penjilidan, yang dicantumkan pada selembar kertas di satu sisi atau kedua sisinya, lalu dilipat atau dipotong setengah, sepertiga, atau bahkan seperempatnya, sehingga terlihat lebih kecil. Pamphlet juga boleh terdiri daripada beberapa lembar kertas yang dilipat atau disatukan secara sederhana sehingga menjadi sebuah buku kecil.

Untuk dapat dikategorikan sebagai sebuah pamphletUNESCO mendefinisikannya sebagai keperluan publikasi yang perlu terdiri daripada 5 sehingga 48 halaman tanpa sampul, bila lebih daripada itu ia disebut sebagai buku. Disebabkan oleh kosnya yang murah dan kemudahan produksi serta distribusi, pamphlet sering digunakan untuk mempopularkan idea-idea politik dan agama, atau untuk menyebarkan berita dan promosi atau iklan.

Koleksi Risalah dan Pamphlet yang terdapat di perpustakaan al-Ghazali merangkumi pelbagai bidang tajuk perbincangan seperti Kempen Galakan Membaca, Pengenalan Sekolah, Maklumat Kesihatan, Anti Dadah, Pendidikan, Kerjaya, Ekonomi, Sosial dan sebagainya. 




Popular posts from this blog

KOLEKSI BUKU RED SPOT

KOLEKSI 'INDOOR GAMES'

KOLEKSI KERTAS KERJA