Senarai Tugas J/K Kerja
SENARAI TUGAS JAWATANKUASA KERJA PUSAT SUMBER SEKOLAH
SENARAI TUGAS GURU DATA NILAM
URUSAN AWAM
- Menyelaraskan semua program media yang dirancang dan dilaksanakan.
- Mendapatkan peruntukan perbelanjaan pengurusan dan pembangunan Pusat Sumber.
- Menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan PSS untuk dimajukan ke Jawatankuasa Induk.
- Menyediakan laporan tahunan Pusat Sumber Sekolah.
- Merancang dan melaksanakan program perkembangan kakitangan.
- Memberi khidmat nasihat dan kepakaran kepada pihak yang memerlukan.
- Menggalakkan guru dan pelajar menggunakan pelbagai media pendidikan yang terdapat di Pusat Sumber.
- Bertindak sebagai penghubung antara pihak sekolah dengan agensi-agensi kerajaan dan swasta dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan aktiviti Pusat Sumber.
SENARAI TUGAS GURU PUSAT AKSES / EDUWEB TV
- Membantu Penyelaras PSS dalam pengelolaan, pentadbiran dan penggunaan PSS
- Melaksanakan aktiviti-aktiviti yang dirancang oleh J/Kuasa Induk
- Menyedia katalog Edu WebTV dan lain-lain media Teknologi
- Memastikan guru-guru membuat catatan pada buku rekod berkenaan
- Membuat penilaian terhadap penggunaan Edu Web TV dari semasa ke semasa.
- Menyediakan laporan-laporan mengenai penggunaan Rancangan Edu Web TV dan bahan-bahan media teknologi lain kepada J/Kuasa Induk PSS.
- Memberi pendedahan dan latihan mengenai penggunaan Media Teknologi di PSS kepada guru-guru lain, Kerani PSS dan Pengawas.
- Mengesyor dan menggalakkan penggunaan sumber-sumber bagi meninggikan tahap pencapaian pengajaran dan pembelajaran.
- Mengurus dan mengelolakan usaha-usaha produksi dan duplikasi sumber-sumber perisian media teknologi di PSS.
- Bertanggungjawab dalam penyusunan perkakas dan perisian media teknologi di PSS.
- Membuat penilaian mengenai perkhidmatan dan penggunaan bahan teknologi di PSS.
- Mengenalpasti dan mencadangkan kemasukan alat/ teknologi baru mengikut keperluan dan kemampuan sekolah.
- Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Penolong Kanan Pentadbiran dan Pengetua
SENARAI TUGAS GURU NILAM
- Membantu memberi takimat tentang pelaksanaan Program NILAM pada setiap awal tahun
- Membuat kertas kerja aktiviti yang hendak dilaksanakan
- Merancang anggaran perbelanjaan Program NILAM
- Menganjurkan aktiviti program NILAM peringkat sekolah
- Menjadi urusetia pemberian anugerah NILAM peringkat sekolah
- Menghantar laporan dan data NILAM ke PKG
- Menyemak dan mengesah rekod bacaan murid
- Menyimpan rekod, minit mesyuarat dan surat menyurat
- Menyelaras perjalanan mesyuarat dan hal-hal yang berkaitan
- Mengumpul maklumat kertas kerja, laporan, bahan dan data NILAM
- Menyediakan laporan berkala dan laporan tahunan bertulis untuk dikemukakan kepada Pengerusi
- Menyemak dan mengesahkan rekod bacaan murid
SENARAI TUGAS GURU DATA NILAM
- Mengumpul data rekod membaca dan Rakan Pembaca murid daripada Guru Tingkatan setiap bulan
- Memasukkan data ke pangkalan data
- Menganalisis data rekod membaca dan rekod membaca murid dan analisis aktiviti Rakan Pembaca kepada Guru NILAM
- Mengemaskini data NILAM
- Menyemak dan mengesahkan rekod bacaan murid
SENARAI TUGAS PEMBANTU PERPUSTAKAAN
URUSAN AWAM
- Mengawal perpustakaan semasa dibuka
- Mengaturkan buku-buku yang telah dipulangkan di atas rak-rak
- Menjaga kebersihan perpustakaan
PINJAMAN
- Menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan pinjaman
- Menyemak buku-buku yang dipulangkan
- Mengirimkan notis peringatan kepada peminjam-peminjam yang belum memulangkan buku
- Menyediakan perangkaan mengenai pinjaman
PEMBELIAN
- Menjalankan kerja perkeranian mengenai pembelian seperti menyediakan senarai pesanan, menaipkan surat dan menyemak bahan-bahan yang baru dibeli
MEMPROSES BUKU-BUKU
- Menyediakan senarai rak
- Menulis nombor panggilan di atas tiap-tiap buku
- Menyediakan kocek dan slip tarikh bagi setiap buku
- Menyediakan kad-kad katalog serta lain-lain kerja berkaitan dengan memproses buku, majalah dan sebagainya
MEMPERBAIKI BUKU
- Membaikpulih buku-buku yang rosak atau koyak
- menjilid majalah dan lain-lain yang perlu
BAHAN-BAHAN YANG BUKAN BERBENTUK BUKU
- Menyediakan bahan-bahan yang bukan berbentuk buku seperti gambar-gambar, guntingan akhbar dan sebagainya.
MENAIP
- Pengautomasian PSS
- Menaip kad-kad Katalog bagi setiap buku, senarai buku dan sebagainya
REKOD
- Merekod dan menyimpan mengenai bahan-bahan dan kewangan PSS
- Menguruskan hal-hal berkaitan dengan ‘Stock Checking’/Penyemakan Stok
- Menyusun Kad-kad Katalog
SERANTA
- Menyediakan Pameran Buku, Papan Kenyataan dan sebagainya
LAIN-LAIN TUGAS
- Menolong guru-guru PSS dalam pentadbiran am dan sebagainya
- Menjalankan tugas-tugas lain mengenai PSS yang diarahkan oleh Guru-guru PSS, Penyelaras PSS (GKP 1) dan Pengetua