Profil Pss Smkas


PUSAT SUMBER SEKOLAH
SMKA SEGAMAT
KM. 5 JLN GENUANG, 85000 SEGAMAT JOHOR
TEL : 07-9432284 samb.116

VISI

Mewujudkan PSS yang efektif dengan memberi tumpuan penuh terhadap pelanggan secara menyeluruh

MISI

1.Mengumpul, menyampaikan dan menyebarkan segala maklumat kepada pelanggan sambil berusaha menjadikan PSS bertaraf gemilang.

2.Matlamat ini akan dicapai melalui pembangunan sumber perkhidmatan cemerlang serta memenuhi kehendak falsafah pendidikan negara

OBJEKTIF

1.Menjadikan PSS sebagai ‘Nadi Sekolah’ dan nuklius bagi semua aktiviti P&P.
2.Mewujudkan budaya penggunaan sumber di kalangan murid dan guru.
3.Membentuk masyarakat pelajar yang bekerjasama dan dinamis.
4.Menjadikan sekolah sebagai institusi pembelajaran yang mengamalkan budaya membaca untuk pendidikan sepanjang hayat.

PERANAN

1.Mengumpul, menyimpan dan mengedar pelbagai maklumat P&P.
2.Menggalakkan murid dan guru menggunakan pelbagai sumber dalam P&P melalui aktiviti P&P dan sistem yang memberangsangkan.
3.Merancang dan melaksanakan pelbagai bentuk aktiviti untuk membina tabiat amalan membaca.
4.Menyediakan pelbagai kemudahan bagi membolehkan proses penyebaranmaklumat yang berkesan, untuk mencapai Sekolah sebagai Koridor Maklumat.

MATLAMAT

Membentuk insan yang bermaklumat untuk pendidikan dan pembelajaran sepanjang hayat.

RASIONAL

1.Mewujudkan dan meningkatkan PSS yang berkualiti dan canggih mengikut perubahan kehendak pendidikan yang global.
2.Berkeyakinan bahawa program yang dirancang dengan teliti dan sesuai dapat meningkatkan mutu pendidikan dan pengunaan PSS lebih berkesan.
3.Berkeyakinan bahawa strategi yang dirancang ini akan dapat melahirkan pelajar yang 'Versatile' untuk menghadapi cabaran dan menangani perubahan di abad 21 ini.
4.Berkeyakinan pelajar berubah sikap ke arah mencapai hasrat dan cita-cita.
5.Mewujudkan masyarakat berbudaya membaca dan berdaya fikrah

PIAGAM PELANGGAN

1.Menyediakan pelbagai jenis bahan P&P yang diperlukan.
2.Menyediakan kemudahan pinjaman
3.Menyediakan tempat yang selesa dan suasana pembelajaran yang paling baik.
4.Menambah koleksi bahan-bahan rujukan yang bermutu dan terkini dari semasa ke semasa.
5.Bersedia dan sentiasa memberi khidmat yang terbaik

Popular posts from this blog

KOLEKSI BUKU RED SPOT

KOLEKSI 'INDOOR GAMES'

KOLEKSI KERTAS KERJA