Jadual & Peraturan

A) JADUAL WAKTU PERPUSTAKAAN

1) Waktu perkhidmatan rasmi :

i ) Ahad - Khamis : 7.20 pagi - 4.30 petang
ii) Jumaat - Sabtu : Tutup

2) Jadual giliran pelajar masuk harian



3) Jadual tempahan guru masuk bersama pelajar waktu P&P




B) PERATURAN PERPUSTAKAAN

Peraturan 1

1. Semua pelajar dan guru dibenarkan masuk pada masa-masa yang telah ditetapkan
2. Sila daftar masuk perpustakaan menggunakan KAD AHLI masing-masing
3. Pelajar yang masuk pada waktu P&P hendaklah dengan pengawasan guru mata pelajaran.
4. Tempahan dilakukan oleh guru m/p sehari sebelum masuk perpustakaan
5. Aktiviti di perpustakaan pada waktu P&P ialah guru memantau pelajar melakukan
    RUJUKAN mata pelajaran @ program NILAM sahaja ( P&P tidak dibenarkan )
6. Gunakan kemudahan-kemudahan dalam perpustakaan dengan cermat
7. Sila baca majalah dan surat khabar di ruangan yang disediakan sahaja
8. Perpustakaan adalah 'zon larangan bising'.
9. Sila senyap semasa berada dalam perpustakaan.

Peraturan 2

PELAJAR TIDAK DIBENARKAN
1. Membawa masuk beg, makanan dan minuman ke perpustakaan
2. Berbual, bergurau dan tidur dalam perpustakaan
3. Duduk berpasangan yang berlainan jantina
4. Menggunting buku, majalah dan surat khabar
5. Menconteng sebarang bahan bacaan, peralatan, meja dan dinding perpustakaan
6. Membawa keluar sebarang bahan bacaan tanpa kebenaran

PELAJAR DIWAJIBKAN
1. Mendaftar masuk dengan menunjukkan kad ahli di kaunter PSS
2. Berpakaian kemas dan sesuai semasa berada dalam perpustakaan
3. Meletakkan semula bahan bacaan di tempat asalnya mengikut kategori yang betul.
4. Menyusun semula kerusi yang telah digunakan dengan kemas.
5. Mematuhi peraturan pinjaman dan pemulangan buku yang telah ditetapkan
    (sila rujuk peraturan pinjaman dan pemulangan)
6. Meninggalkan perpustakaan dengan segera mengikut waktu yang telah ditetapkan.
7. Mematuhi teguran dan arahan guru, pembantu PSS atau pengawas perpustakaan bertugas.


C) PERATURAN PINJAMAN DAN PEMULANGAN BUKU

1. Semua warga Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Segamat dibenarkan
    dan digalakkan meminjam bahan bacaan daripada perpustakaan.

2. Masa proses peminjaman dan pemulangan bagi pelajar adalah pada
    waktu rehat dan waktu prep, manakala bagi guru dan staf sokongan adalah
    sepanjang masa waktu perkhidmatan perpustakaan.

3. Semua buku yang bertanda merah adalah untuk rujukan dalam perpustakaan
    sahaja dan tidak dibenarkan pinjam.

4. Semua proses peminjaman atau pemulangan mestilah melalui pembantu
    perpustakaan atau pustakawan yang bertugas pada waktu tersebut.

5. Jumlah buku dibenarkan pinjam pada satu-satu masa ialah 3 buah
    bagi pelajar dan 5 buah bagi guru.

6. Tempoh pinjaman bagi pelajar ialah tidak melebihi daripada 7 hari
    dari tarikh peminjaman, manakala bagi guru tidak melebihi 14 hari.

7. Peminjam yang gagal memulangkan buku pada tarikh yang ditetapkan akan
    dikenakan bayaran denda RM 0.20 sehari.

8. Peminjam dikehendaki menunjukkan buku yang dipinjam kepada petugas di
    kaunter sebelum meninggalkan perpustakaan.

9. Pelajar bertanggungjawab menjaga buku yang dipinjam dengan baik.

10. Buku yang rosak tidak akan diterima sehingga dibuat pemulihan oleh peminjam
      atau membayar denda untuk proses penjilidan semula.

11. Buku yang hilang wajib diganti dengan buku yang sama.

12. Sekiranya tidak dapat mengganti dengan buku yang sama, peminjam wajib
      membayar mengikut harga buku yang hilang tersebut.

Popular posts from this blog

KOLEKSI BUKU RED SPOT

KOLEKSI 'INDOOR GAMES'

KOLEKSI KERTAS KERJA