KOLEKSI BUKU RED SPOT

Buku Red Spot ialah buku yang diberi tanda dengan sticker merah pada bahagian tulang buku (Spine). Buku-buku tersebut dikategorikan sebagai Red Spot berdasarkan salah satu atau beberapa kriteria seperti berikut :

1. Harga melebihi RM 50.00
2. Sumbangan khas daripada pihak tertentu
3. Penerbitan dan edisi yang terhad
4. Buku-buku terlaris di pasaran
5. Tajuk-tajuk peristiwa bersejarah
6. Berukuran besar
7. Berkulit tebal

Rak buku Red Spot diletakkan di tempat yang terjamin keselamatannya seperti dalam bilik khas atau ruang yang tertutup. Tempoh pinjaman buku-buku tersebut ialah sehari sahaja. Sekiranya gagal memulangkan pada tarikh yang ditetapkan peminjam akan dikenakan denda dengan jumlah yang telah ditetapkan oleh pihak perpustakaan.

Sila rujuk senarai tajuk buku-buku Red Spot di Menu Utama atau klik sini untuk lihat koleksi gambar kulit buku-buku Red Spot yang terdapat di perpustakaan.

Popular posts from this blog

KOLEKSI 'INDOOR GAMES'

KOLEKSI KERTAS KERJA