PROGRAM NILAM DITAMBAH BAIK

LATAR BELAKANG PROGRAM NILAM
Satu kajian terkini mengenai tabiat membaca yang dijalankan oleh Perpustakaan Negara Malaysia pada tahun 1996 mendapati rakyat Malaysia hanya membaca dua buah buku setahun. Pada hakikatnya suatu tamadun atau bangsa hanya dapat dibina melalui masyarakat yang mengamalkan budaya ilmu. Menyedari hakikat ini pelbagai program galakan membaca telah diadakan di peringkat sekolah. Program terkini yang rancak dilaksanakan ialah “PROGRAM NILAM” yang mula diperkenalkan pada tahun 1998.

MATLAMAT
Matlamat Program Nilam ialah supaya terbina tabiat membaca di kalangan pelajar.

OBJEKTIF PROGRAM NILAM DITAMBAH BAIK
Melestarikan budaya pembacaan berkualiti, membantu proses pencarian ilmu pengetahuan, membina kemahiran, penguasaan literasi maklumat dan digital sepanjang hayat;
Menyediakan murid Malaysia untuk menjawab soalan yang menguji pemikiran aras tinggi (KBAT) yang menguji keupayaan menaakul, membuat refleksi, dan menilai melalui aktiviti pengayaan;
menggalakkan pelibatan semua warga sekolah dalam pelaksanaan program dan aktiviti membaca merentasi kurikulum;
Menggalakkan pelibatan masyarakat/komuniti setempat/ pertubuhan kerajaan dan bukan kerajaan.




CIRI-CIRI PROGRAM NILAM DITAMBAH BAIK
Pengiktirafan dan ganjaran bagi setiap tahap adalah seperti berikut:












PELAKSANAAN
Pihak-pihak yang terlibat dan memainkan peranan dalam menjayakan Program Nilam ialah:
Pengetua
Penyelaras, Setiausaha dan AJK Nilam (Guru)
Guru PSS
Guru Kelas / Tingkatan
Guru Mata pelajaran
Ibu Bapa
Pengawas PSS
AJK Nilam (Pelajar)
Murid / Pelajar
Komuniti Setempat*
Pertubuhan Kerajaan dan Badan Bukan Kerajaan*

PERANAN MURID
Peranan murid / pelajar dalam menjayakan Program Nilam adalah seperti berikut:
Memiliki Buku Rekod Bacaan Nilam (RM 2.00 di PSS)
Memiliki “Smart Card”
Meminjam buku sekurang-kurangnya satu buah buku setiap dua minggu
Membaca buku atau bahan bukan buku*.
Aktiviti bacaan dan diikuti dengan pelbagai aktiviti pengayaan seperti bicara buku dan berlakon*.













Sumber : https://pusatsumbersmkdsa.wordpress.com/program-nilam/

Popular posts from this blog

KOLEKSI BUKU RED SPOT

KOLEKSI 'INDOOR GAMES'

KOLEKSI KERTAS KERJA