KOLEKSI BUKU WAKAF
Koleksi Buku Wakaf diwujudkan selepas program Wakaf Buku dilancarkan oleh Uzh. Hjh.Siti Esah Binti Abd.Latif (Pengetua) dalam Majlis Mahabbah sempena Hari Bertemu Pelanggan SMKA Segamat pada 10 Julai 2010. Beliau mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada semua pihak yang telah mewakafkan buku kepada perpustakaan sekolah ini.
Program Wakaf Buku ini akan dibuka sepanjang tahun kepada semua pelajar, ibu bapa, guru dan masyarakat awam. Sila hubungi Ust. Rumaja (017-7132063) untuk maklumat lanjut.