Persiapan saringan akhir tilawah anjuran Johor scouts peringkat antarabangsa telah diadakan pada 18 Jun 2022. Syabas dan tahniah atas usaha anak-anak sekalian.
Buku Red Spot ialah buku yang diberi tanda dengan sticker merah pada bahagian tulang buku (Spine). Buku-buku tersebut dikategorikan sebagai Red Spot berdasarkan salah satu atau beberapa kriteria seperti berikut : 1. Harga melebihi RM 50.00 2. Sumbangan khas daripada pihak tertentu 3. Penerbitan dan edisi yang terhad 4. Buku-buku terlaris di pasaran 5. Tajuk-tajuk peristiwa bersejarah 6. Berukuran besar 7. Berkulit tebal Rak buku Red Spot diletakkan di tempat yang terjamin keselamatannya seperti dalam bilik khas atau ruang yang tertutup. Tempoh pinjaman buku-buku tersebut ialah sehari sahaja. Sekiranya gagal memulangkan pada tarikh yang ditetapkan peminjam akan dikenakan denda dengan jumlah yang telah ditetapkan oleh pihak perpustakaan. Sila rujuk senarai tajuk buku-buku Red Spot di Menu Utama atau klik sini untuk lihat koleksi gambar kulit buku-buku Red Spot yang terdapat di perpustakaan.
Terdapat beberapa set permainan dalaman di ruang rekreasi perpustakaan SMKA Segamat seperti Congkak, Sahibba, Ad-Din, Puzzle, Chess, Numeracy Skills dan Kad Ajaib Bahasa Arab. Pelajar dibenarkan bermain 'indoor games' ini di perpustakaan pada waktu rehat dan waktu prep petang.
KERTAS KERJA PROGRAM TAHUN 2013 1. Pertandingan Papan Kenyataan Terbaik KERTAS KERJA PROGRAM TAHUN 2012 1. Sambutan Hari Buku Sedunia 2. Kem Membaca 1 Malaysia 3. Program Bulan Julai Bulan Membaca KERTAS KERJA PROGRAM TAHUN 2011 1. Program Bulan Julai Bulan Membaca KERTAS KERJA PROGRAM TAHUN 2010 1. Projek Keceriaan Pusat Sumber Sekolah 2. Lawatan Sambil Belajar Ke Kelantan 3. Bengkel Penyediaan Pamplet Bilik-Bilik Khas 4. Lawatan Pameran Buku Kuala Lumpur 5. Pelantikan Pengawas PSS dan Anugerah NILAM 6. Bulan Julai Bulan Membaca